Thursday, July 16, 2009
@9:28 PM
Hey hey you you!!
Like i said before , setelah sekian lama tidak meng-update blog macam macam perkara telah berlaku kepada saya! ohh ohhh. arini ade perasaan nak tulis secara formal laa! 
Hmmm.pertama sekali , saya ingin memberitahu anda semua yang . kaki saya amat sakit akibat daripada berjalan tanpa henti selama hampir seminggu! Ohh ya! minggu ini adalah minggu yang amat kelam kabut ! Semalam saya mengejar masa untuk ke Pusat Tusyen + Siapkan Multimedia + Mengemaskini fail ICT .sangat sibuk sekali!
Dari hari Isnin hingga Khamis saya tidak berada di rumah pada waktu petang kerana terpaksa bertapa di makmal ICT.Semalam saya pulang pada jam 6 petang , padahal saya harus ke tempat tusyen pada jam 6.15.ohh tidakk!
sudah terlambat! Izaty terpaksa datang ke rumah saya untuk menunggu saya mandi sebelum ke tusyen . Saya berjalan dengan amat laju untuk ke tempat tusyen . Tetapi sayang seribu kali sayang , kami tetap terlambat !
Maafkan saya izaty! bukan kehendak saya untuk terlambat! Kemudian , pada hari ini , kelas saya dan kelas sahabat saya Atirah telah dipilih untuk menyertai seminar menjawab soalan SPM di Bangunan MPAJ . Bingung saya memikirkan mengapa kelas kami terpilih?
Tetapi mengapa saya harus memerah otak untuk memikirkanya bukan? sudah percuma , pergi saja!
Kami pergi dengan menggunakan sepasang kaki yang telah dikurniakan olehNya untuk ke sana.
bertambah sakit la kaki saya! Tetapi dengan niat saya untuk menimba ilmu , saya tetap teruskan perjuangan berjalan kaki.
Itu niat pertama ,
niat kedua ialah pergi untuk mencuci mata dengan melihat jejaka jejaka comel dan kacak dan gagah di sana.
Kepada Nurul Nahla, jangan iri hati ya?
Sampainya kami di MPAJ , mulalah operasi belaja dan mencari lelaki . Tetapi sayang seribu kali sayang ,
tidak ku temui jejaka comel.
Tetapi! ketika mahu pulang , saya telah terjumpa dengan seorang jejaka yang sangat gagah dan comel dan kacak .Malangnya, saya sudah mahu pulang ke teratak ayahanda ! Inilah yang dikatakan malang tidak berbau .
(ade kena mengena ke?) saya pulang kerumah dengan segerombolan jejaka jejaka kacak sedunia
iaitu Dhevan , Rahman and d gang .
Sampai saja ke rumah , saya menceritakan pada ibunda tentang apa yang berlaku di dewan itu . ohh ya ! Seminar itu bermula pada jam 9 pagi - 5 ptg .
Kemudian saya baring di ruang tamu sambil menonton Televisyen .
Tiba tiba
datang dua orang yang saya sangat kenali . Man dan Dhevan . meminta tolong untuk mencari artikel 1 Malaysia dengan bayaran RM 1 setiap seorang. saya dengan baik hati dan suci hati telah menghulurkan bantuan pada mereka. Baik sungguh saya! 
Itula yang telah terjadi pada saya pada hari ini da hari sebelumnya.
sekian , bejumpa lagi .
peluk cium peluk cium .
Ain , isteri kepada adik beradik lelaki JONAS!